MENGENAI GEW





Ditubuhkan pada tahun 2008, Gano E Worldwide Sdh Bhd adalah anak syarikat Gano Excel Enterprise, dan misi kami adalah untuk membantu masyarakat dunia meningkatkan kualiti hidup dan keluarga mereka, terutamanya dari aspek kewangan dan kesihatan.Bagi menjayakan misi tersebut, yang juga selari dengan slogan kami iaitu “Membawa Kesihatan dan Kekayaan Kepada Setiap Keluarga’, kami menawarkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan serta peluang perniagaan yang boleh mengubah ekonomi diri dan keluarga.

Produk-produk kami adalah berasaskan kepada Ganoderma Lucidum dan dihasilkan dengan menggunakan teknologi moden dan terkini bagi memenuhi piawaian antarabangsa dan keperluan pengguna di seluruh dunia.Peluang perniagaan yang kami tawarkan pula mempunyai sistem pemasaran yang berkesan seperti melalui platform e-dagang online, program rujukan pelanggan global, pembentukan rangkaian dan perniagaan dari rumah.

Setakat ini, ribuan orang dari seluruh dunia telah berjaya mengubah hidup mereka dan menjadi usahawan cemerlang setelah mendaftar sebagai rakan niaga kami dan bersungguh-sungguh mengusahakan perniagaan mereka.

Gano E Worldwide sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang memiliki azam dan wawasan untuk mempertingkatkan kualiti hidup untuk menyertai kami sebagai rakan niaga dengan mendaftar sebagai Wakil Global Bebas (IGR) Gano E Worldwide.