Dengan kelulusan yang berlatarbelakangkan sains bioperubatan, beliau cukup terlatih dalam
bidang virologi dan imunologi untuk pengajian pasca siswazahnya iaitu PhD.
Beliau berpengalaman selama lebih daripada 15 tahun dalam formulasi produk suplemen
nutrisi dan pemakanan; menawarkan perkhidmatan rundingan untuk terapi pemakanan,
menganjurkan ceramah kesihatan untuk orang awam serta khalayak profesional di peringkat
antarabangsa; selain memberikan latihan untuk golongan profesional perubatan dalam
bidang terapi pemakanan di beberapa buah negara seperti China, Amerika Utara, Eropah,
Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan dan Russia.
Ketika ini, beliau berkhidmat di Kumpulan Syarikat Gano Excel: Gano E Worldwide sebagai
Perunding Kesihatan Kanan dan sebagai Pengarah Gano-IRT Medicus (Klinik Perubatan
Integratif Berasaskan Terapi Imun Ganoderma) di Uzbekistan.