PETUA KESIHATAN



Tahukah anda?

Semasa kehamilan, fungsi insulin sedikit terganggu disebabkan oleh pelbagai hormon dihasilkan oleh plasenta atau uri. Keadaan ini dikenali sebagai rintangan insulin.

Semakin uri membesar maka semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin terjadi. Lazimnya, organ pankreas bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal, maka diabetis semasa hamil atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) akan berlaku.


Cuci tangan anda:


⚠️Sebelum, semasa, dan setelah menyediakan makanan

⚠️Sebelum makan makanan

⚠️Sebelum dan selepas merawat seseorang yang sakit

⚠️Sebelum dan selepas merawat luka

⚠️Setelah menggunakan bilik mandi, menukar lampin, atau membersihkan anak yang telah menggunakan bilik mandi

⚠️Setelah meniup hidung, batuk, atau bersin

⚠️Setelah menyentuh haiwan, makanan atau makanan haiwan, kandang haiwan, atau sisa haiwan

⚠️Setelah menyentuh sampah

⚠️Jika tangan anda kelihatan kotor atau berminyak


Untuk menghentikan penyebaran Covid-19, kita harus mengelakkan kawasan '3C', iaitu
1. Crowded spaces (tempat yang penuh sesak)
2. Confined spaces (ruang terkurung)
3. Close conversation (sembang dekat).

Orang ramai sebaliknya harus mengamalkan '3W',
1. Wash (Cuci tangan)
2. Warn (Amaran)
3. Wear (Pakai pelitup muka)


Tahukah Anda?


👅Lidah manusia mempunyai lebih kurang 5000 tunas rasa!

📌Perubahan pada tunas rasa boleh berlaku akibat kesan sampingan rawatan kanser seperti kimoterapi, radioterapi dan pembedahan.

📌Kajian menunjukkan peratus perubahan deria rasa dalam kalangan pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi adalah setinggi 69.9%!


Jom, lihat tips pada gambar dan bantu mereka yang mengalaminya!



Sumber :

Babar M., Aziz H., Amira S. K., François G. and Naim A. K. (2017). Alteration in Taste Perception in Cancer: Causes and Strategies of Treatment. Frontiers in Physiology Journal.8: 134. doi: 10.3389/fphys.2017.00134