MANFAAT GANODERMA


Ramuan ajaib – Ganoderma lucidum

Ganoderma lucidum terdiri daripada tiga bahagian utama: miselium, jasad berbuah dan spora. Miselium merupakan viliform putih pada bahagian dasar cendawan yang membekalkan nutrien untuk tumbesarannya, manakala jasad berbuah membentuk struktur ‘payung’ pada cendawan dan spora pula berfungsi sebagai biji benih. Keseluruhan bahagian Ganoderma, termasuk miselium, jasad berbuah dan spora boleh dimakan serta kaya dengan pelbagai khasiat perubatan yang berupaya mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit.



Khasiat Ganoderma untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan


Ganoderma lucidum adalah antara herba pengatur sistem imun  yang paling popular dan paling banyak dikaji. Ia sering digunakan untuk menangani gangguan sistem imun, contohnya daya ketahanan badan yang lemah yang menyebabkan individu kerap mengalami jangkitan bakteria dan virus seperti selesema.


Banyak kajian menunjukkan bahawa ekstrak Ganoderma lucidum (termasuk miselium, jasad berbuah dan spora) berkesan untuk merangsang daya ketahanan semula jadi badan, meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mengembalikan kesihatan yang optimum.


Di samping itu, Ganoderma lucidum merupakan sejenis agen antioksida yang melindungi badan daripada radikal bebas yang berbahaya. Ia mengandungi polisakarida Reishi untuk menguatkan sistem imun badan serta menentang jangkitan bakteria dan virus.


Manfaat Ganoderma lucidum terhadap diabetes & komplikasinya

Ganoderma lucidum terbukti berkesan untuk mengawal tahap glukosa darah.


1. Meningkatkan penggunaan glukosa darah

Polisakarida Ganoderma lucidum (Gl-PS) memberi kesan anti-hypoglisemik iaitu menurunkan paras glukosa yang tinggi di dalam darah dengan merangsang rembesan insulin, meningkatkan pengambilan glukosa darah oleh badan, seterusnya menyebabkan paras glukosa darah menurun.


2. Mencegah kecederaan buah pinggang dengan meningkatkan aktiviti antioksida

Banyak kajian menunjukkan bahawa ekstrak Ganoderma lucidum berupaya meningkatkan aktiviti enzim antioksida seperti superoxide dismutase dan menggalakkan keupayaan memerangkap radikal bebas dalam badan. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesan kerosakan oksidatif terhadap buah pinggang, sekaligus melindungi dan mencegah berlakunya komplikasi diabetes terhadap buah pinggang.


Rujukan:

1. Arch Pharm Res. 2012 Oct;35(10):1793-801.

Hypoglycemic effects of Ganoderma lucidum polysaccharides in type 2 diabetic mice.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23139131

2. Food Chem Toxicol. 2014 Jan;63:111-8.

A novel proteoglycan from Ganoderma lucidum fruiting bodies protects kidney function and ameliorates diabetic nephropathy via its antioxidant activity in C57BL/6 db/db mice

http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0278691513007217


Manfaat Ganoderma lucidum terhadap penyakit kardiovaskular


Ganoderma lucidum terbukti bermanfaat untuk kesihatan sistem kardiovaskular.


1. Merendahkan tahap kolesterol dan mencegah penebalan dan pengerasan dinding arteri (arteriosklerosis)

Ganoderma lucidum terbukti berkesan bagi menurunkan tahap kolesterol keseluruhan, kolesterol tidak baik (LDL) dan trigliserida, di samping meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL). Ia juga membantu mencegah pembentukan arteriosklerosis.

Di samping itu, bahan triterpenoid yang terkandung dalam Ganoderma mampu menyekat penghasilan kolesterol secara berlebihan di dalam hati.


2. Kesan antiplatelet & vasodilator

Adenosina di dalam ekstrak Ganoderma lucidum berupaya menghalang penggumpalan platelet, mengurangkan kepekatan darah dan mencegah saluran darah daripada tersumbat serta darah beku. Ia melancarkan pengaliran darah di dalam urat, terutamanya di dalam sistem peredaran mikro, yang sekaligus membantu mencegah serangan jantung dan penyakit kardiovaskular yang lain. Selain itu, adenosina Ganoderma juga bertindak sebagai agen vasodilator (bahan yang boleh mengembangkan salur darah) yang baik serta meningkatkan bekalan darah dan oksigen ke pelbagai organ badan.


3. Merendahkan tekanan darah tinggi

Ganoderma lucidum terbukti berkesan untuk mengurangkan tekanan darah melalui perencatan aktiviti enzim pengubah antiangiotensin (ACE). Enzim ini berfungsi dalam mengawal tekanan darah melalui pengawalan isipadu cecair di dalam badan.


Rujukan:

1. Appl Environ Microbiol. 2005 Jul;71(7):3653-8

Effect of 26-oxygenosterols from Ganoderma lucidum and their activity as cholesterol synthesis inhibitors.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1168986/

2. Chem Pharm Bull (Tokyo). 1985 Jul;33(7):3012-5.

Isolation of an inhibitor of platelet aggregation from a fungus, Ganoderma lucidum.

https://www.jstage.jst.go.jp/article/cpb1958/33/7/33_7_3012/_pdf

3. BMC Complement Altern Med. 2013 Oct 4;13:256.

Anti-angiotensin converting enzyme (ACE) proteins from mycelia of Ganoderma lucidum (Curtis) P. Karst.

http://bmccomplementalternmed.biomedcentral.com/articles/10.1186/1472-6882-13-256


Manfaat Ganoderma lucidum terhadap kanser & penyakit autoimun

Ganoderma lucidum dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan sifat-sifat antikanser disebabkan dua jenis bahan kimia yang terkandung di dalamnya, iaitu triterpena dan polisakarida. Triterpena diambil khususnya daripada spora, dan hasil kajian menunjukkan ia memberi kesan farmakologi serta terapeutik yang luar biasa terhadap beberapa penyakit, terutamanya kanser. Triterpena berupaya memperlahankan kadar pertambahan sel kanser, merangsang kematian sel kanser (apoptosis) dan mengurangkan potensi penyebaran kanser ke organ lain (...stasis). Ia juga membantu menyekat rembesan sitokin (agen pencetus keradangan) dalam sel makrofaj dan mengurangkan kesan kerosakan oksidatif yang dicetuskan oleh kanser dengan bertindak menghapuskan terus radikal bebas yang dijana di dalam sel.


Polisakarida yang diekstrak daripada bahagian-bahagian Ganoderma lucidum yang berlainan akan menghasilkan pelbagai tindak balas imun serta keupayaan kawalan imun yang berbeza. Polisakarida ini bertindak memerangi kanser dengan cara merangsang sistem imun hos. Ia juga mengandungi anti-angiogenesis dan merencatkan penghasilan nitrik oksida, agen penggalak angiogenesis yang terhasil secara berlebihan di dalam kanser.


Selain keupayaannya memerangi kanser, Ganoderma lucidum juga bersifat imunomodulator (bahan yang mengawal dan menormalkan tindak balas imun) yang bermanfaat untuk mencegah penyakit autoimun. Penyakit autoimun berlaku disebabkan aktiviti sistem imun yang keterlaluan hingga menyebabkan badan menyerang dan memusnahkan tisu-tisunya sendiri. Penyakit autoimun yang sering berlaku ialah artritis reumatoid, lupus eritematosus sistemik (SLE), psoriasis, diabetes jenis 1 dan pelbagai jenis sklerosis. Polisakarida dalam Ganoderma lucidum bertindak dengan menyekat tindak balas sistem imun yang keterlaluan dan mengurangkan keradangan sel yang diakibatkan olehnya.